Sunday, August 17, 2014

Mee Racun Batu Pahat

Posted by dy nadiya at 9:09 PM
Tak pernah-pernah nya aku nak update blog pasal resepi masakan. Hahaha.. Semalam punya hal la ni.. Try masak MEE RACUN Batu Pahat. Abah kabo sedap.. Hiks.. Abang pulak, dah kenyang, dah tambah baru cakap x sedap.. Wkowkowkwo.. Dah kenyang memang la kau makan ape pun rase tak sedap ! Sekeh jugekkk kang.. K.. Hari ni aku nak share resepi MEE RACUN yang simple and sodapppp.. Kehkehkeh..

p/s: Tiada kandungan racun berbahaya didalam masakan ini walaupun nama dia mee RACUN.. wkowkowwkowko :p


Hidangan untuk 4-6 orang makan

-Sebungkus mee kuning
-1 kg tulang kambing or lembu
-5biji bawang kecil (ditumbuk)
-3biji bawang putih (ditumbuk)
-15-20 tangkai cili kering (dikisar halus)
-2 kiub pati daging lembu Knorr
-3 cm halia.. agak2 la untung rebuskan 1kg tulang tu
-4 biji tomato ( potong dadu)
-3 pokok sawi
-1 sudu besar sos tiram
-2 susu besar sos cili
-garam dan gula secukup rasa
-daun sup & bawang goreng untuk hiasan


CARA-CARA :
1.Rebuskan tulang kambing or lembu bersama halia yang diketuk/titik/tumbuk (biasa org cakap je tulang . tp bukan tulang sahaja.. mesti ada daging sikit2.. kalau agak2 tak cukup , boleh la tambahkan daging sahaja untuk dapatkan banyak isi.. hehehe..)

2. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis hingga naik bau atau agak garing.

3. Masukkan kiub pati daging lembu Knorr

4. Masukan cili kering yang telah di kisar (kalau nak pekat and pedas boleh tambah lebih sikit ikut suka). Tumis hingga naik minyak.

5. Masukan sos tiram dan sos cili . Kemudian masukan tomato yang telah di potong dadu . Gaul rata sehingga tomato 90% hancur. (Kalau tak nak guna tomato segar , boleh juga guna sos tomato)

6. Masukan garam dan gula secukup rasa. Nak tambah Pak AJI pun boyehhh :D

7. Lepas tu baru tuangkan tulang berserta air rebusan tadi kedalam.. Kuah nak banyak mana, nak pekat mana ikut suka lah yeee...

8. Tunggu hingga mendidih baru masukan sawi yang sedia dipotong. Jangan biarkan lama. kemudian tutup api

9. Siap... Dah boleh hidangkan bersama mee kuning yang dicelur.. Bubuh bawang goreng dan daun sup...

10. Last sekali . Boleh ngapppp dengan lahap nye..  Jangan lupa baca Bismillah... Tambah lagi kalau sedap.. Hahahaha..




Payong gambo sikit..  Hiks :*

Sekian.. Bye.. :p

0 comments:

Post a Comment

 

♥ Nadia.Kitty ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review


Cute Hello Kitty 12